Alhamdulillah, Program Bantuan Baju Raya untuk anak-anak muallaf telah berjaya dilaksanakan di Mydin Mall Kuala Terengganu. Seramai 5 buah keluarga melibatkan 22 orang anak-anak telah disantuni, di mana mereka berpeluang memilih sendiri pakaian raya sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Datin Norhana yang bersama-sama meluangkan masa menyantuni keluarga yang terlibat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Semoga segala sumbangan ini membawa keberkatan dan kegembiraan kepada mereka yang menerima.
Alhamdulillah, the Raya Clothing Aid Program for muallaf children was successfully carried out at Mydin Mall Kuala Terengganu. A total of 5 families involving 22 children were supported, where they had the opportunity to select their own Raya outfits in preparation for Aidilfitri. The program was also graced by the presence of Datin Norhana, who took the time to engage with the families. Our sincere appreciation and thanks to all contributors for their generosity and support. May every contribution be rewarded and bring joy to the recipients. #macmaterengganu #darulfitrah #ramadhankareem