By Admin Macma on Wednesday, 31 May 2023
Category: Activiti

Info iftar mualaf

Alhamdulillah, selesai sudah Program Iftar Perdana Ramadan 1444H Siri 1 yang diadakan pada Rabu, 29 Mac 2023 baru-baru ini. Program yang bertempat di Dewan Darul Fitrah Terengganu ini telah dihadiri oleh kira-kira 80 orang saudara baru beserta keluarga mereka yang terdiri pelbagai bangsa seperti Cina, India, Thailand, Bangladesh, Vietnam dan lain-lain. Program Iftar Perdana ini terbuka kepada semua saudara baru yang menetap di Terengganu tanpa mengira pelbagai latar belakang.

Antara pengisian program ialah zikir munajat, iftar jamaie, solat Maghrib berjemaah, solat isyak dan terawih secara berjemaah dan juga moreh. 

Leave Comments