KURSUS MOSQUE TOUR GUIDE : MENYANTUNI PELANCONG NON-MUSLIM BERTERASKAN DAKWAH



KUALA TERENGGANU, 25 Julai 2026 - Alhamdulillah, Darul Fitrah Terengganu dengan kerjasama Masjid Kristal telah mengadakan Kursus Mosque Tour Guide : Menyantuni Pelancong Non-Muslim Berteraskan Dakwah yang bertempat di pejabat Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu, Bukit Besar (bagi sesi teori) dan di Masjid Kristal bagi sesi praktikal.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan dakwah kepada non-Muslim serta metodologi menyampaikan dakwah di masjid secara berkesan dan berhemah. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan tatacara menyambut pelancong dan soalan-soalan lazim yang sering ditanya sepanjang kursus.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Ridhuan Tan di atas penyampaian yang diberikan. Tidak lupa juga kepada peserta yang terdiri daripada YADiM Terengganu, para pensyarah, staf dan imam masjid, HALUAN Terengganu serta pelajar UniSZA yang turut hadir bagi menjayakan kursus dakwah ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk menyampaikan dakwah kepada pelancong kelak.



بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً


"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat."
Sahih al-Bukhari (Hadis No. 3461)




LAMPIRAN 1

Gambar kenangan bersama para peserta daripada pelbagai latar belakang.


LAMPIRAN 2

Sesi teori di pejabat Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu.


LAMPIRAN 3

Sesi praktikal di Masjid Kristal menyantuni dan menyebarkan dakwah islam kepada non muslim.