Alhamdulillah, selesai sudah Lawatan Muhibah anjuran Darul Fitrah Terengganu ke wilayah Narathiwat, Pattaya dan Bangkok selama 6 hari 5 malam bermula 24 -30 Jun 2026.Perjalanan bermula melalui sempadan Sungai Golok dengan perjalanan darat.Lawatan ini berjaya dilaksanakan dengan bantuan baik daripada Encik Man Tony yang telah banyak memudahkan urusan rombongan sepanjang berada di Thailand.

Antara lokasi utama yang dikunjungi:

1.Madrasah Tahfizul Quran Darul Taqwa, Chenek, Narathiwat
Madrasah tahfiz perempuan di bawah seliaan Darul Fitrah Terengganu ini kini menempatkan 60 pelajar berusia 12 hingga 18 tahun. Dahulunya hanya 30 pelajar. Madrasah ini memerlukan dana untuk pembinaan musolla pada masa akan datang.


2.Institut Pondok Hafiz Quran, Pathum Thani
Institut yang dibina di atas tanah wakaf Allahyarham Haji Abdullah Adam ini mula dibina pada April 2012 dan dibuka rasmi pada Mac 2013. Kini ia mempunyai kira-kira 50 pelajar lelaki yang sedang menghafaz Al-Quran.


3.Nong Nooch Garden, Pattaya
Taman botani terkenal seluas lebih 600 ekar yang mempunyai koleksi pokok cycad terbesar di dunia. Turut menawarkan pertunjukan gajah, persembahan kebudayaan Thai dan Dinosaur Valley.


4.Thale Noi Lake, Phatthalung
Tasik kecil yang merupakan sebahagian daripada tanah lembap terbesar di selatan Thailand. Kawasan ini dikelilingi teratai merah jambu dan menjadi habitat lebih 250 spesies burung. Ia juga merupakan kawasan perlindungan hidupan liar pertama di Thailand.

Selain itu, rombongan turut mengunjungi pelbagai mercu tanda menarik seperti Pattaya City, Masjid Toatillah, Chocolate Ville, Asiatique, Icon Siam, Chatucak Market dan Night Market Ramkhamhaeng.

Kesimpulan
Musafir bukan sekadar melihat tempat baharu, tetapi juga peluang untuk mengenali insan, menghargai nikmat Allah SWT dan mengambil ibrah daripada setiap pengalaman. Semoga setiap langkah menjadi ibadah dan mendekatkan kita kepada-Nya.





LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3