PROGRAM TAUTAN KASIH MASJID ABIDIN
Datin Norhana Abdullah Ng, selaku Pengerusi MACMA Terengganu juga merangkap Ahli Pengurusan Lembaga Masjid Abidin (Masjid Negeri) turun padang menyantuni masyarakat Tionghua di perkarangan Masjid Abidin (Masjid Negeri) pada pagi tadi bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelma. Program dimulakan dengan taklimat ringkas dan agihan cenderahati diagihkan mengikut kumpulan (Jalan Masjid Abidin, Jalan Paya Keladi, Jalan Tok Lam) yang telah ditetapkan.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Abidin (Masjid Negeri) iaitu Dato' Dr Syed Mohammad Salleh, imam dan bilal Masjid Abidin serta staf-staf Masjid Abidin.
Stay Informed
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments